1) Sedih aku bila melihat kenyataan seorang insan mengatakan dia
tidak beragama. aku tidak terkejut kalo dia bukan islam. tapi dia mengaku dia pernah bersekolah agama 5 tahun. ibu dan ayah ingin melihat kita menjadi soleh/solehah bila kita tamat belajar 5 tahun itu tapi ia terjadi sebaliknya.
kita ilang agama kerana nafsu.
* ya ALLAH lindungi kami*
2) kita lupa di mana kita duduk? tempat siapa ini. kita lupa ! malah kita buat maksiat lagi ! kamu nafikan agamanya?
*ya ALLAH ingatkan kami.*
3) kita lupa, muka yang kacak & ayu itu milik dia. Kita hanya pinjam. tapi kita riak dengan itu.
kita keji yg hodoh, kita kutuk yg selekeh. kita guna rupa ini untuk nafsu?
*ya ALLAH sedarkan kami*
4) kita memuja syaitan, menghina dia. kita lupa siapa yg tiupkan ruh kedalam diri ini. sehingga kita hidup. tapi hidup ini hanya mengabdikan diri kepada nafsu !!!
*ya ALLAH beri hidayah kepada kami*
aku takut akan itu. kerna manusia boleh berubah. ya ALLAH peliharalah kami kepada perubahan yg lebih baik.
bila dia turunkan azab. maka kita semua pasti MUSNAH. aku takut !!!
*ya ALLAH ampunkan kami*