SALAM MA'AL HIJRAH 1432H











Lama tak update cz tak tau nak tulis ape haha... ape2 pun kali nie aku nak ucap SELAMAT TAHUN BARU ISLAM @ SALAM MAAL HIJRAH kepada sahabat kenalan, saudara mara & seluruh umat islam. nak minta maaf gak kepada semua [ 0 :0 ] yer. haha SEMANGAT TAHUN BARU !!!

LUPA @ TIDAK TAHU ???,





1) Kita selalu rasa putus asa, patah hati, lemah semangat, berfikir negatif & seumpamanya. Masalah ini bukan terjadi pada orang biasa atau yang ber IQ rendah saja. Tetapi masalah ini turut berlaku di kalangan orang-orang hebat & ber IQ tinggi. Mereka bukan sahaja hebat tetapi berkerjaya cemerlang.

  • Ada yang kerjaya profesional tetapi bila putus cinta atau bercerai ada yang nak bunuh diri.
  • Ada yang bijak belajar tetapi berputus asa di tengah jalan sebab susah & tekanan.
  • Ada yang tinggi Ilmunya tetapi melakukan benda-benda di luar perlakuan manusia.
  • Dan banyak lagi.
2) Ya, mungkin hebat di luar tetapi di dalam masih lemah. Kita selalu lupa akan ilmu & kata-kata TUHAN. Apa ertinya kita seorang islam, kalo kita tak kembali pada fomula yang dah disediakan. Macam belajar Mamematik, fizik, kimia & lain-lain. Cikgu selalu cakap kita kena lihat dan guna fomula dia dari situ kita akan dapat jawapan. Kalo lari dari Fomula mesti jawapannya salah & kalau dapat jawapannya pun mesti susah dan melalui jalan berbelit-belit dan kemungkinan besar akan salah serta memeningkan.

3) Macam itu lah hidup kita, walau kita ikut cara hidup terkini yang kononya moden (kemajuan & kemodenan tidak salah) tetapi jangan lupa akan cara hidup islam. Ada mengatakan sirah-sirah nabawi & para sahabat itu cara hidup dahulu serta tiada kemodenan. serta lagi malang dan celaka kiranya kita melupakan kitab dan KATA-KATA ALLAH kerana itulah FOMULA sebenar MANUSIA.

4) Cukup lah itu, berbalik kepada persoalan asal. aku tak berniat untuk berkata panjang. maka renungkantah firman ALLAH ini. Supaya kamu berlapang dada dan tidak cepat berputus asa serta jadikan ia amalan bacaan & doa kita.

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Al- Baqarah (ayat:286)

p/s :
  • peringatan untuk diri yang lemah dan hina, dan aku berlindung dari kelihatan seperti malaikat dimata manusia, tetapi syaitan dimata penduduk langit.
  • nasihat untuk adik-adik dan ibu yang aku sayangi.
  • perkongsian untuk semua pembaca.

aku nak "GENERATE" ANU aku semula.





Mesti korang pelik apa kaitan tajuk tu dgn movie ni kan. Ha ni la aku nak cite. Mai ikut jelajah tulisan aku kali nie.

Tadi lepak2 ngan member (Amirul Aizat @ momon @ http://www.facebook.com/note.php?note_id=144154902297442&comments&ref=notif&notif_t=note_reply#!/profile.php?id=100000509175585 ) yg lame xbalik M'sia. 8 bulan lebih dia jadi ONE PIECE. sbb tu dia gila ckit turun kluang cz lame tak hirup udara kluang haha. Lame tak layan wayang ngan dia. so pilih r cite action nie. tak kan nak tengok cite romance movie plak. lain jadinya.

ok la berbalik movie tadi. straight to the points la ok. cz aku pun straight haha. xbest la nak pusing2, serong sana, serong sini, selekor sane sini. lambat !!! sekarang zaman moden sume nak cepat ... tapi time SOLAT dan bab AGAMA kene tertib la beb.

1) Biasa kalo aku tengok cerita yang pertama aku cari ialah MOTIF & MESSAGES yg nak disampaikan. Biasa motif cerita akan Diberitahu bila dah hujung2 kan.

2) Kisah dia tentang perebutan badan seorang sami/pendita yg dah lama mati. dan badan dia dibahagi 2. kononnya kalo sape yg dapat camtumkan, dia akan dapat kuasa & handal kung fu. Ni mesej awal cerita la.

3) kitorang pun tengok ngan khusyuk la dia bunuh sana sini. Last2 rupanya ketua penjahat tu seorang SIDA-SIDA istana yg anu dia kene potong. dan demi menjadi lelaki sejati & nak tumbuhkan ANU dia balik. dia kene dapatkan tubuh sami yg dah lame mati tu. yang kononnya dapat menghasilkan organ/anggota yg hilang kalo dapat kuasa dari tubuh mayat sami tu.

4) punya la lama & tertanya2 motif dia. upenye itu motif sebenar dia. kahkahkah... lawak gak cite ni. tp 18 tahun keatas je bleh tengok.

5) MORAL VALUE
  • kalo kite dah lahir jadi lelaki tu, kena la jadi lelaki. jangan nak buang itu dan ini. atau tambah itu dan ini.
  • kalo dah perempuan tu. jadi lah perempuan. aurat kamu seluruh tubuh kecuali tapak tangan & muka. jangan ikut lelaki dari pusat hingga lutut. nanti terseksa mata semua lelaki hehe.
6) Bersyukur & redo ape yg ada pada kita. ALLAH itu maha mengetahui. jangan langgar Sunnatullah @ hukum alam.

7) Kalo nak cerita panjang lagi nie tapi cukup la sampi sini. nak tido. ape2 pun thankz to momon cz blanje aku hahahahahahaha. lain kali belanja lagi ngee~

AKU SEDIH & TAKUT :(


1) Sedih aku bila melihat kenyataan seorang insan mengatakan dia tidak beragama. aku tidak terkejut kalo dia bukan islam. tapi dia mengaku dia pernah bersekolah agama 5 tahun. ibu dan ayah ingin melihat kita menjadi soleh/solehah bila kita tamat belajar 5 tahun itu tapi ia terjadi sebaliknya. kita ilang agama kerana nafsu.

* ya ALLAH lindungi kami*

2) kita lupa di mana kita duduk? tempat siapa ini. kita lupa ! malah kita buat maksiat lagi ! kamu nafikan agamanya?

*ya ALLAH ingatkan kami.*

3) kita lupa, muka yang kacak & ayu itu milik dia. Kita hanya pinjam. tapi kita riak dengan itu.
kita keji yg hodoh, kita kutuk yg selekeh. kita guna rupa ini untuk nafsu?

*ya ALLAH sedarkan kami*

4) kita memuja syaitan, menghina dia. kita lupa siapa yg tiupkan ruh kedalam diri ini. sehingga kita hidup. tapi hidup ini hanya mengabdikan diri kepada nafsu !!!

*ya ALLAH beri hidayah kepada kami*

aku takut akan itu. kerna manusia boleh berubah. ya ALLAH peliharalah kami kepada perubahan yg lebih baik.

bila dia turunkan azab. maka kita semua pasti MUSNAH. aku takut !!!

*ya ALLAH ampunkan kami*

I LOVE MALAYSIA !

TAGLINE PERDANA MENTERI.


Kali ini aku nak merepek pasal tagline 3 orang PM dekat atas tu. Aku merepek pasal 3 orang PM je sebab mereka semua jadi PM sejak aku lahir sampai sekarang. Lagi 3 PM yang dulu aku tak tahu tagline dia. Ada sapa tahu ???

segala tulisan adalah dari pengamatan penulis =)
penulis bebas

Cukup r tu. Start.......

VERSI TAGLINE ORIGINAL :

1) Dr. M
  • Wawasan 2020
  • " Malaysia Boleh "

2) Tun. Lah
  • Islam Hadhari
  • " Cemerlang, Gemilang, Terbilang "

3) D.S. Najib
  • 1 Malaysia
  • " Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan "

VERSI CETAK ROMPAK :

1) Dr. M
  • Wawasan 20..... (infiniti)
  • " Malaysia Boleh LAH "
2) Tun. Lah
  • Hadharah Islamiyyah
  • " Cemerlang, Gemilang, TEMBERANG "

3) D.S. Najib
  • 1Malaysia=1Israel (APCO)
  • " KRONI Di Dahulukan, RASUAH Di Utamakan "

P/S :
1) Segala penulisan tiada tujuan penghasutan, penghinaan & seumpamanya.
2) Hanya sebagai tontonan dari pemerhatian.
3) Maaf sekiranya mengguris mana-mana pihak.








"ABANG NI LELAKI DIK,BUKAN PEREMPUAN"!








Tersentak aku bile angkat kepale dari berwuduk terjongol(terpacak) kepale sorang budak atas kepale aku. khusyuk gile tgk aku amik wuduk.

Sebelum tu aku dengar suara budak kecik kate "ei ade org pempuan".
aku fikir mesti budak tu ingat ade orang pempuan amik wuduk dekat tempat lelaki.

mungkin sebab tu dia datang dan tengok.


dia kata "ei sekap( anak tudung ), rambut panjang. ingat pempuan".
dalam ati aku "peh budak nie celupar mulut ko"


mungkin dia tengok kopia aku mcm skaf tudung mak dia kot kahkahkah. di tambah rambut aku panjang. (salah siapa?).

dik ni kopia orang muda remaja mcm abang kahkahkah. bukan skaf tudung mahupun topi santaclos. FAHAMMM!!!

aku nak pakai kopia putih nampak alim sangat, nak pakai songkok nampak protokol sangat.

tak cukup ngan tu siap menganjing aku plak tu. "ei macam pempuan" sebbaik kat masjid kalo tak, lame ko kene luku ngan aku.

balik uma aku tanya adik bungsu aku kenal tak budak nama F****l? dia kate kenal budak prasekolah. tak lame mak aku menyampuk budak tu mmg nakal, tak takut ngan orang tua.

kalo aku tau, aku ajo dia cara hormat orang tua kahkahkahkah.

moral :
1) kalo lelaki tu rambut biarlah pendek.
2) ibu2 bapa2 luaskan pemikiran anak anda, kenalkan mereka dengan benda baru.
3) luku je kepale budak yang kurang ajo, nanti anda terkilan kahkahkahkah






URGENT ! MUST READ !






All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine.



1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.

3. If you call this number, you will lose all your money.

NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM70000 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.

Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.



1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin.

2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah', sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin

3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.

Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan..Sila maklum kepada semua kenalan

Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank

DEMOKRASI BAIK ATAU TIDAK ?


"Kali ni nak wat artikal kontroversi sikit la."
Segala tulisan adalah pandangan peribadi aku. Minta maaf awal2 kalo ada terguris mana2 pihak.

1) Pensyarah subjek komunikasi interpesonal pernah cakap. " isu politik dan agama adalah perkara yang sensitif untuk diperkatakan".
2) Tiada tujuan untuk mengkritik, mengutuk, menghina, mencaci, mengkeji, dll mana2 pihak.
3) Tujuan hanya ingin kita sama2 tahu dan cuba mencari jawapan sebenar.
4) Penulisan berdasarkan pengalaman aku.

************Cukup lah tu intro aku. Nak mula cerita******************


1) Aku mula kenal demokrasi dah lama, cuma mula ambil tahu tentang hal ni masa aku form 4. Masa aku belajar subjek Pendidikan Al-Quran & Al-sunnah. Lagi 1 masa aku duduk asrama dan melalui pilihan raya MPP. Masa ni lah aku mula sedar sistem demokrasi ada kelemahannya.

Pendidikan Al-Quran & Al-sunnah :

1) Aku belajar tak de pun masa zaman rasulullah dan para sahabat gune sistem demokrasi. Yang aku blajar sistem syura dan beberapa kaedah lain. Ustaz aku pun cakap yang demokrasi tu bukan sistem islam.

MPP :

1) Walaupun dah lama berlalu tapi sejarah dan pengalaman mematangkan kita. Masa ni lah yang buat aku betul2 anggap sistem demokrasi tak berapa bagus.

2) Nama kami dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang nak bersara dan Para warden asrama terlebih dahulu. Nama2 yang tersebut akan dijadikan calon MPP. Lepas tu, para warga asrama akan mengundi calon2 berkenaan.

3) Tak silap aku la. Untuk jawatan exco ada dalam 2 atau 3 nama yang bertanding untuk setiap jawatan exco. Untuk Majlis tertinggi ( Pengerusi, setiausaha, bendahari dan Ketua pengawas ) telah dipilih 4 orang untuk merebut jawatan2 MT tersebut. 4 calon MT kene promote diri (time ni la yang segan. dah mcm nak jadi wakil rakyat, aku tengok haha).


4) Antara 4 calon MT, aku sorang yang tak pernah menjadi MPP pada tahun2 sebelumnya. Yang lain semua mempunyai pengalaman. Bak kata perpatah melayu "dah terang lagi bersuluh", yang paling layak untuk jawatan Pengerusi adalah "HAZWAN" nama dia. Tapi disebabkan sistem demokrasi melalui undian, aku menang jawatan itu. Walaupun hakikatnya perbezaan undian sangat kecil.

6) Mari Kita kenal siapa "HAZWAN". Kenapa aku kata dia yang lebih layak.
  • Dia pelajar yang pandai kat sekolah. samada koko/akademik.
  • 1 hari, dalam surau. ustaz tanya "sapa yang tak pena order makanan cara haram pada malam hari kat kedai makan kak e**". tak silap aku cuma hazwan sorang je yang angkat tangan. dan dia memang tak pernah order pun. (fikirkan)
  • Baru balik sekolah dah nak p kelas tambahan, dah la balik lewat. kelas aku balik paling lewat kat sekolah tu. dekat kul 3 p.m baru balik. aku dan beberapa kawan lain cakap kat hazwan. "wan cakap cikgu aku sakit perut hehe". dia balas " kalo cikgu tak tanya, aku senyap je. tapi kalo cikgu tanya aku cakap korg tido". (fikirkan)
  • Prinsip dia "berkata benar walaupun pahit". dan dia kawan baik aku sampai sekarang.
7) Bukan nak buka pekung didada tapi nak buka minda berfikir tentang demokrasi.

8) Pengundian di buat atas dasar apa :
  • Orang yang kita suka?
  • Orang yang layak?
  • Hentam ja?
  • Yang bleh dijadikan sekutu?
  • Yang lebih kurang?
  • Pilihan yang bijak/tidak?
  • Berfikir panjang?
  • Kepentingan diri?
  • Kroni kita?
  • Dll

9) Setelah aku sedar kekurangan demokrasi, aku dan kawan2 MPP masa tu ambil keputusan untuk tak guna demokrasi lagi dalam pemilihan MPP akan datang & tiada pengundian lagi. MPP dan MT baru akan dipilih secara mesyuarat (ala2 majlis syura kot) antara MPP lama & pihak warden . Ada yang bantah kate tak meriah la nanti & macam2. Kitorang tetap dengan keputusan tiada pilihan raya MPP. Tapi sayang aku diberi tahu cara tu cuma tahan 2 tahun je. selepas tu di adakan semula demokrasi dan pilihan raya. Itu semua hak masing2 :p

Di Universiti :


1) Disebabkan minat dengan aktiviti persatuan & politik. Kawan aku ajak join satu parti kat U. Aku pun join la. Jadi penyebok2 je. Ikut je la p perjumpaan & apa2 yg dijalankan. sebab masa tu dah nak dekat pilihan raya.

2) Tapi aku tak dapat join sampai abis sebab masa tu AYAH aku meninggal dunia dan aku trus balik kampung.

3) Aku di beri tahu kalo tak aku nak disuruh sebagai pencadang kepada wakil yang bertanding. Kene berdebat & bla bla bla la. Dan peranan pencadang masa ni sangat besar dan kalo pencadang tak dapat beri hujah yang bagus, org yang nak bertanding tak layak tuk bertanding. Aku nak cerita bayak pun tak bleh sebab tak ikut sama masa tu.

4) Sistem undian melalui komputer. Persoalan disini. bukannya semua pengundi kenal sapa calon yang diundi. Undi pun main hentam je. entah sapa2 di undi. Dengan fikiran Asal aku undi. benda ni pun berlaku masa kat asrama sek. men. dulu. Adilkah begitu ?(fikirkan)

5) Aku pun pena wat pembentangan tentang pemerintahan islam kat Universiti dulu, dan hujah aku tak sokong demokrasi. Masa aku bentang ramai yang sokong. Pas abis pensyarah aku pun ulas dengan ulasan yang rengkas dengan nada & memek muka sinis " islam juga menerima demokrasi". Semua terdiam dan melihat aku. agak segan tapi aku dengan fahaman aku. Tak terjejas pun hehehe... tengok la lame-lame aku kan hensem ceh huahuahuahuahuahu....

******************************PERSOALANNYA************************************

akan saya tulis lain kali la. rasanya kamu pun boleh wujudkan sendiri persoalan-persoalan itu sendiri bukan ? :p


maaf artikal kat atas kurang fakta dari rujukan ilmiah.
kamu boleh baca link dibawah yang dibincangkan secara lebih kukuh dengan hujah secara lebih ilmiah dan fakta-fakta menarik.
Nak tulis di sini nanti terlalu panjang.penat plak nak baca. lain kali de masa sambung lagi...
apa pendapat kamu sekarang, demokrasi baik ke ?

***ANTARA ARTIKEL YG BOLEH DIBACA***


http://www.mail-archive.com/fupm-ejip@usahamulia.net/msg01424.html

http://drmaza.com/home/?p=591#more-591

http://tanya-ustaz.blogspot.com/2010/08/percaya-atau-tidak-percayalah-dongeng.html

http://tanya-ustaz.blogspot.com/2010/08/percaya-atau-tidak-percayalah.html


KAMU NAK JADI KAYA ?





1) Tajuk tu bukan la aku nak ajak korang join
skim cepat kaya, bukan juga MLM, bukan juga pelaburan cacing/lintah/badak/kucing mahupun dugung tapi...

2) ...cuma nak cerita pemerhatian aku tentang seorang yang kurang harta kepada kaya. Benda ni aku perhati lama, dari kecil sampai la sekarang. Demi 1 bukti kukuh dan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Ini kisah benar. aku selalu cakap kat kawan-kawan aku.Hidup aku ini mcm eksperimen untuk generasi akan datang. fikir la sendiri ape maknanya. nak explain panjang :p

3) Kisah bermula, masa kecil2 dulu aku ngan geng2 aku ade port tetap dalam masjid. tempat tu memang port kitorg. nak tahu kat name port aku tu. kat blakang tabung masjid & tabung2 lain.

Bukan nak curi ok. tapi nak jaga dari di curi. ceh baik la konon. kawan aku pengawas, tau-tau la tugas pengawas hahaha. so aku pun duk sekali ngan dia. sambil-sambil duduk tu, mata aku liar tgk sape yg rajin sedekah & sape yg selalu bagi banyak.

4) cikgu aku cakap "sapa rajin derma nanti rezeki murah & jadi kaya". Aku pun terbace dalam kelander islam kat uma aku yg mak aku beli dari sekolah agama. dia tulis...



dari situ lah bermula pemerhatian aku. Pemerhatian dari kecil sampai besar.

5) Cerita dia mcm ni. Ade hamba ALLAH ni dulu dia biasa ja tapi sekarang kaya dah. mak aku kate dulu dia keje pagi,petang,siang, cuma malam je tak keje sebab gelap. yela keje potong buah kelapa sawit, malam2 mane nampak. sekarang tokeh lembu tu.

6) Aku selalu nampak dia derma dalam tabung2 kat masjid tu. kat masjid aku de 3 tabung.
  • tabung masjid
  • tabung sekolah agama
  • tabung anak yatim
dia bukan derma 1 tabung je tapi tiga-tiga tabung tu. masa tu dia bukan kaye pun. agak susah la.dia selalu derma duit kertas kat tabung masjid, duit syiling kat tabung sekolah agama & anak yatim. duit syiling tu bukan 2 or 3 keping tapi 1 beg plastik. banyak tu. org selalu masuk kan melalui lubang tapi dia tak. dia trus buka tabung tu & masukkan. kalo dia masukkan lalu lubang, alamatnya sampai abis solat dia tak siap lagi masukkan duit syiling tu. myb duit dari kedai jajan dia kot. dia de kedai makanan rengan(jajan). selalu kitong p sana beli gule-gule, asam, ais krim & mcm2 la. mungkin syiling2 yang dia derma tu, syiling2 kitorg hehehe.

7)
Dia derma bukan hari jumaat je. tapi tiap kali dia datang masjid, dia kan derma. tapi hari jumaat dia derma lagi banyak. masa lain tu ckit2 je. aku pun ade ramai kawan yang macan hamba ALLAH ni. tiap kali datang masjid mesti derma walaupun tak banyak. sekarang ade yang dah jadi enginneer, doktor, pegawai tinggi kerajaan. Mungkin sebab rezki dari kemurahan mereka.

8) Peristiwa itu yang menyakinkan aku. Benarlah kata2 ALLAH. Tunggu apa lagi ? "JOM BERSEDEKAH" lagi pun sekarang ramadhan, rebut peluang ini :p

9) Sebelum aku pergi, jgn sedih kalo kamu tidak mampu bersedekah dengan harta ketika ini, kerana kamu masih boleh bersedekah dengan....



**manusia boleh berubah**

TRAGEDI RAMADHAN 1431 HIJRAH ( episod 1 )




1) Pertama aku nasihatkan bila nak naik kenderaan tu baca doa naik kenderaan dulu dan mengucap awal-awal.

2) Pandulah kenderaan dengan berhemah, berhati-hati dan pastikan kenderaan dlm keadaan baik.

Cukup la tu. sekarang aku nak cite "TRAGEDI RAMADHAN 2O10" yang aku alami :

1) AHAD, 15 OGOS 2010,bersamaan 6 RAMADHAN 1431 HIJRAH. Lebih kurang pukul 4.00 petang aku dgn family keluar untuk hantar adik no-3 balik MRSM dan no-2 dengan kawan dia ke UTHM. Masa tu hujan agak lebat la. tau-tau je la bile hujan mesti lah jalan licin dan berair.

2) Jalan yg aku lalui plak bengkang bengkok, turun bukit naik bukit, mcm jalan GERIK la. Aku bawak agak laju kot tapi rase macam perlahan. kelajuan area 80-100km/j.

3) Mase sampai selekor aku cube brek tuk slow kan kete tapi brek tak berfungsi. aku dah tekan sekuatnye,tekan banyak kali mane tau sangkut ke, tapi still tak leh gune. takkan de org sabotaj. aku dah mule cuak tapi tetap cool (ketenangan dari ALLAH). aku cube main stereng plak tapi stereng pun tak berfungsi. habis aku pusing dan paut tapi tayar tak ikut pergerakan stereng. sudah !. depan tu gaung. gaung tak gaung mane la. gaung agak landai.

4) Sebelum sampai gaung tu de tiang pemagar jalan. dalam otak aku, abis kete aku hancur la. dah la langgar tiang batu, masuk gaung plak tu. bukan takat kete terbang tapi DIUT mak aku pun terbang gak tak lame lagi. Syukur roh kami tak ikut terbang sekali huhu.



5) Dalam kete dah kecoh. kete tu de 3 gurl, 3 men. aku cume bleh pegang stereng kuat2 dan tolak badan aku ke belakang supaya aku tak terhantuk dan tersembam ke stereng. sakit wooo kalo kene. aku dah dapat bayang sakit dia mcm dalam filem tu.

6) Sebaik kete aku mendarat kat tanah selepas terbang mcm kete superman aku trus tarik handbrek cz kat depan tu de pokok kelapa sawit. pokok tu betul-betul depan muke aku.

7) Aku dah fikir kalo kete ni tak berhenti dan trus langgar pokok tu compem aku ngan mak aku yg duk sebelah parah. dengan kuasa ALLAH kete aku trus berhenti mengejut. jarak kete aku ngan pokok tu cume dalam 3 langkah je.



8) Peh !, tak tau nak cakap pe. Syukur gile mase tu. dalam hati cume tuhan je tahu. aku rase kemanisan bersyukur. pas tengok semua selamat trus aku cakap "semua ok?". dah mcm pilot plak hehe. ALHAMDULILLAH !!!

**********************************SAMBUNG*******************************************

p/s :

1) nak tulis banyak nnt korg bosan nak bace.

2) aku penat nak taip.

3) episod 2 nanti aku cite situasi dalam kete mase kejadian sedang berlaku dan selepas kejadian.

4) episod 3 plak aku cite pasal perasaan,fikiran dan tanggapan setiap mangsa kejadian.

5) salam & syukur kepada ALLAH kami semua selamat.

HITAM WARNA KRISTIAN ?







1) Itu soalan dari adik bungsu aku yang berumur 8 tahun.

2) Petang tadi sebelum ambil adik aku yang no.3 kat perhentian bas yang balik dari MRSM Batu Pahat. Aku singgah solat kejap di Masjid Bandar Kluang dengan adik bungsu aku.

3) Lepas solat je, adik bungsu aku tanya "abang kenapa imam tadi pakai jubah HITAM? macam orang kristian. kat Chamek (kg kami) pak imam pakai jubah putih".

4) Aku pun cakap, "HITAM tak semestinya untuk orang kristian, orang islam pun boleh pakai baju hitam. cuma islam lebih suke putih hijau, dalam islam tak de warna yang haram".



5) Kebetulan masa dalam kereta ada cerita pasal zaman nabi kat radio ikim.fm. Ustaz jemputan tu plak cerita masa perang umat islam ade bawa panji-panji warna hitam putih.

6) Aku pun kate kat adik bungsu aku, "dengar tak? dalam islam warna hitam pun dia guna juga". Dia pun kate, "ooooo".



7) Bagi aku budak-budak ni memang suka bertanya sebab dia tengah nak kenal dunia, dia baru tengok dunia dan banyak benda dia tak tahu. Sebab tu diorang ni banyak tanya.

8) So, kite nie jangan lah malas nak jawab. Bagilah jawapan sebanyak yang boleh sebab diorang nie pendengar yang baik. "lentur buluh biar lagi rebungnya. btul tak? . maka layankan je diorang nie.

9) Aku lupe nak tanya dia sebab ape dia kate mcm tu. bagi aku mungkin sebab dia tengok dalam cerita dan filem paderi kristian pakai baju hitam kot. Tu lah pengaruh TV.



10) Lepas ni aku cerita pasal warna islam or warna kesukaan nabi plak tapi lain kali r. tulis panjang-panjang nanti korang bosan plak :p

SALAM RAMADHAN.

1) Lewat 2 hari.

2) Tapi rasanya belum terlambat.

3) Ini untuk kamu para saudara pembaca :p

SILAKAN.



1) Silakan ya golongan tua. saya golongan muda rasa kurang sopan pula mendahului kamu.

2) kamu juga yang kata dahulukan yang tua, Ikut adat yang telah ada. Tapi... kenapa ia tak digunakan di sana? Mungkin ia digunakan melihat tempat juga agaknya.

3) Kamu kata " BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT ". Tapi... saya tak nak anak saya mati. biarlah adat saya yang mati. Anak HARTA saya, anak PENOLONG saya, anak PENERUS kerja nabi saya. Saya lebih SAYANG anak saya dari adat yang bercanggah dengan agama.

4) Bukan kami nak kata "kata-kata kamu tak kena" tapi mungkit sesuai mengikut tempatnya.

5) Saya golongan muda tak berani derhaka pada golongan tua. Maafkan saya wahai pendahulu saya.

6) Ia cuma suara hati anak kamu si golongan muda.

7) kami hormati kamu !

8) Maafkan kami.

NAMPAK REMEH TETAPI ADA KESAN BESAR !



1) Tiada niat untuk mengkritik, mengutuk, apatah lagi mencaci & mengkeji.

2) Ia hanya nasihat peribadi saya supaya berhati-hati sebelum melakukan sesuatu.

3) Jangan terlalu ghairah sehingga terlupa mana yang lebih penting & mana yang kurang penting.

4) Anda sebagai pembaca fikir la sendiri & tafsirlah sendiri menggunakan akal fikiran yang telah diberi tuhan itu.

5) saya hanya menyebar & rasanya belum layak untuk mengulas, mentafsir, mengkritik & sebagainya.

6) Jangan sebab tindakan kurang bijak kamu, kami terpalit sama dipandang serong oleh mereka.

FADHILAT BULAN SYAABAN.



Pejam celil, pejam celik dah masuk bulan syaaban. Terasa cepat masa berlalu, terase belum cukup & belum puas bersama bulan rejab. Itu lah hakikat masa & dunia kini. Jom mengenali bulan Syaaban pula.

1. Sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, BULAN SYAABAN adalah bulanKU, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.

2. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.

3. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Antara Amalan Yang Digalakkan :

1. PUASA.

Sabda Rasul S.A.W bermaksud,

“Barangsiapa berpuasa SEHARI dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka”.

“Jika dia berpuasa SEBULAN dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya”.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama 3 HARI pada PERMULAAN Syaaban, 3 HARI di PERTENGAHAN dan 3 HARI di AKHIR Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban”.

2. BERDOA .

Di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud,

“Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada MALAM PERTENGAHAN bulan SYAABAN dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha”.

3. BERTAUBAT.

Rasul S.A.W bersabda bermaksud,
“Apabila tiba MALAM NISFU SYAABAN, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya”.

Semoga kita mendapat manfaat darinya…

Rujukan dari : http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=660&cmd=resetall

ISU BASIKAL.


Sekolah agama telah memberi beberapa sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Antara sumbangannya basikal, barang keperluan harian dan banyak lagi. antara yang paling kecok pasal pemberian basikal yang mana 1 keluarga ada sampai mendapat 3 buah & 2 buah dalam masa sama ada keluarga yang langsung tidak dapat apa-apa. di percayai seorang ustazah yang membuat senarai dan pemilihan sesiapa yang dapat bantuan. bagi aku 1 keluarga 1 buah basikal sudah cukup, lagi pun jurang perbezaan ekonomi penduduk kampung ini bukanlah terlalu berbeza. itulah kalau manusia yang bekerja hanya duit & dunia. gelaran ustazah/ustaz/gelaran agama yang lain tidak bermaksud anda sudah cukup hebat & bagus. sebelum buat sesuatu minta pandangan oarang, janganlah terlalu merasa diri itu hebat sehingga mengetepikan pandangan & pendapat orang lain. akhirnya "kesombongan & keriakkan memakan nama baik & kemuliaan diri sendiri".
manusia memang tak pernah puas. walaupun dibagi 1 gunung emas, dia pasti hendak sebuah lagi. mulut manusia tak macam mulut tempayan yang boleh ditutup. Oleh itu, buatlah yang terbaik & juahkan diri dari menjadi bahan umpatan/fitnah manusia & elakkan diri dari mengumpat/memfitnah.

artikal hanya pendapat & ulasan pemerhatian penulis.

LAFAZ NIAT ?

Lafaz Niat
Disiarkan pada Mar 09, 2009 dalam kategori Ibadah |
P/S : ARTIKEL DARI http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=40

SOALAN : Saya sering melihat di negara kita digantungkan lafaz niat seperti niat iktikaf, atau niat solat di masjid. Apakah niat memerlukan lafaz?


Jawapan: Pada asalnya, menggantungkan apa-apa ayat al-Quran atau hadith di masjid atau selainnya, tidak termasuk dalam perkara yang dilarang selagi memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Tujuannya memberikan manfaat peringatan kepada orang ramai. Bukan dengan maksud yang salah seperti kepercayaan yang khurafat bahawa ayat itu menjadi pelaris, atau boleh membawa maksud yang salah atau menghina Allah dan RasulNya.
2. Hendaklah inti-kandungan perkara yang digantung itu tidak bercanggah dengan agama. Maka tidak boleh menggantung hadith yang palsu lalu disandarkan kepada Nabi s.a.w, kerana itu adalah pembohongan dan dosa yang amat besar dalam agama. Demikian menggantungkan maklumat berkaitan dengan agama yang boleh menjadi orang ramai salah faham terhadap agama.

Menggantungkan peringatan agar orang beriktikaf dalam masjid adalah tidak dilarang, bahkan jika itu membantu kepada ibadah tersebut ia sesuatu yang digalakkan. Ini kerana jumhur ulama menganggap iktikaf boleh dibuat di semua masjid. Sementara sebahagian ulama pula ia hanya khas untuk tiga masjid, iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Nabi dan al-Masjid al-Aqsa. Bagi golongan ulama yang kedua ini, perbuatan itu tentu tidak digalakkan.

Namun bagi jumhur (majoriti) ulama, iktikaf boleh dibuat disemua masjid dan digalakkan. Perbuatan menggalakkan amalan sunat adalah sunat. Justeru, perbuatan tersebut pada asalnya tidak bid’ah . Apatah lagi menggantungkan galakan untuk sesuatu kebaikan itu adalah soal teknikal dalam berdakwah bukan berbentuk ibadah khususiah.Namun inti kandungan galakan itu hendaklah tepat dengan syarak. Jika inti-kandungan itu salah ia membawa kepada salah faham orang ramai terhadap agama.

Adapun lafaz niat untuk iktikaf, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.. Sama halnya dengan lafaz niat bagi solat, wuduk, puasa dan lain-lain. Nabi s.a.w bersabda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

“Solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku bersolat” (Riwayat al-Bukhari)

Kata Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Al-Fatawa al-Kubra,jilid 2/ muka surat 95:

بل التلفظ بالنية نقص في العقل والدين. أما في الدين فلأنه بدعة. وأما في العقل فلأنه بمنزلة من يريد يأكل طعاماً فيقول: نويت بوضع يدي في هذا الإناء أني أريد آخذ منه لقمة فأضعها في فمي فأمضغها ثم أبلعها لأشبع. مثل القائل الذي يقول: نويت أصلي فريضة هذه الصلاة المفروضة علي حاضر الوقت، أربع ركعات في جماعة، أداء لله تعالى. فهذا كله حمق وجهل، وذلك أن النية بليغ العلم، فمتى علم العبد ما يفعله كان قد نواه ضرورة، فلا يتصور مع وجود العلم بالعقل أن يفعل بلا نية: ولا يمكن مع عدم العلم أن تحصل نية.وقد اتفق الأئمة على أن الجهر بالنية وتكريرها ليس بمشروع، بل من اعتاد ذلك فإنه ينبغي له أن يؤدب تأديباً يمنعه عن ذلك التعبد بالبدع، وأذاء الناس برفع صوته..

(Bahkan melafazkan niat itu adalah cacat pada akal dan agama. Adapun pada agama kerana ia adalah bid’ah . Adapun pada akal, kerana ia seperti orang yang hendak makan sesuatu makanan lalu berkata: “Aku berniat meletakkan tanganku pada bekas ini kerana aku hendak mengambil satu suap darinya, lalu aku letakkannya dalam mulutku, lalu aku kunyah kemudian aku menelannya supaya aku kenyang”. Sama seperti orang yang menyebut: “Aku niat bersolat fardu ini pada masuk waktunya, empat rakaat dalam jamaah, tunai kerana Allah”. Ini semua adalah bodoh dan jahil. Ini kerana niat adalah kesampaian pengetahuan. Apabila seseorang hamba Allah tahu apa yang sedang dia buat, maka dengan sendirinya dia telah berniat perkara itu. Tidak terbayang dengan wujud pengetahuan dalam akalnya, untuk dia melakukan tanpa niat. Tidak mungkin pula tanpa pengetahuan, terhasilnya niat. Telah sepakat para imam yang empat bahawa menguatkan suara dalam berniat dan mengulanginya tidak disyariatkan. Bahkan sesiapa yang terbiasa dengan itu hendaklah diberi hukuman (untuk mengajarnya) bagi menghalangnya melakukan ibadah secara bid’ah dan mengganggu orang ramai dengan mengangkat suara.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi (http//:qaradawi.net):

وهذه النية عمل قلبي خالص، وليست من أعمال اللسان، ولذا لم يعرف عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن أصحابه ولا عن تابعيهم بإحسان من سلف الأمة: التلفظ بالنية في العبادات، مثل الصلاة والصيام والغسل والوضوء، ونحوها، وهو ما نرى بعض الناس يجهدون أنفسهم في الإتيان به، مثل قولهم: نويت رفع الحدث الأصغر أو الأكبر، أو نويت صلاة الظهر أو العصر أربع ركعات على لله العظيم، أو نويت الصيام غدا في شهر رمضان.. الخ، وكل هذا لم يأت به قرآن ولا سنة. ولا معنى له، إذ لا يقول الإنسان إذا أراد الذهاب إلى السوق: نويت الذهاب إلى السوق، أو إذا نوى السفر: نويت السفر! ونقل الزركشي عن الغزالي في فتاويه قوله: أمر النية سهل في العبادات، وإنما يتعسر بسبب الجهل بحقيقة النية أو الوسوسة

(Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tiada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was”.

Justeru itu penggantungan lafaz niat iktikaf adalah tidak termasuk dalam suruhan agama bahkan ia membawa kepada perkara yang mengelirukan dan berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Kata tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal, al-Imam al-Sayuti (meninggal 911H) dalam kitabnya Al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع: “Daripada bid’ah (yang saiyyah) itu: Was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir. Allah telah berfirman: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada RasululLah itu contoh yang baik)”.
Al-Imam al-Syatibi dalam Al-I’tisam, menyebut riwayat seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik dan berkata: “Wahai Abu ‘Abd Allah (gelaran al-Imam Malik) daripada mana aku patut berihram?. Jawabnya: “Daripada Zu Hulaifah ذو حليفة di mana tempat yang RasululLah berihram”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram daripada Masjid Nabi. Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram daripada kubur Nabi s.a.w.. Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat, aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah”. Tanya lelaki itu: Apa fitnahnya?!! Ia hanya jarak yang aku tambah. Jawab al-Imam Malik:

وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصّر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإني سمعت الله يقول: فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

(Maksudnya) Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang RasululLah s.a.w yang telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih” (Surah al-Nur: 63).

ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

ULAMA UMNO BAKAR KAPAL.



Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.

p/s:artikel dari malaysiakini

BFF

free counters
chat FX casino Online casino counters
free hit counter
azrolariffin. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver